Tuesday 10 November 2015

CORETAN AMALAN SYAHADAH 2

Alhamdulillah semalam bermuzakarah dengan jabatan agama (islamlah hendaknya) dan adat melayu...

Akirnya mereka menyatakan kami juga kaum yg mengingati Allah.

Dulu saya tanya orang munafik solat elok ka? Mereka jawab elok. Semalam.saya dapat jawapan yg lebih bernas..mereka kata "engin kreta kalau dah rosak, maka tak elok lah".

Jadi sama2 sudah faham munafik solat mmg tak elok sebagaimana firman allah

"إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا

Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali." An nisa 142.

Iaiatu allah menerangkan munafik itu 3 sifatnya dan salah satunya tidak menyebut2 nama allah dgn banyaknya(zikrillah)

Cuma mereka tanya nakkan kepastian...kalau mufti tak zikir allah adalah mufti juga munafik, saya jawab ya. Sebab ini fatwa Allah didalam Alquran.

Cuma satu lagi tinggal...iaitu mereka masih menafikan "amalan syahadat" itu adalah mengingati Allah kerana tiada dalil bahasa.

Sememangnya allah tidak sebut dgn perkataan "amalan syahadat" dan saya juga nyatakan nak panggil amalan apa pun tak kisah, asalkan hati ingat Allah sebagaimana firman Allah ".

رِجَالٌ لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ

laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. An nur 37.

Ayat ni allah tak sebut susunan rukun islam pertama sgn perkataan "syahadat", solat dan zakat. Tapi allah sbut dgn perkataan tidak lalai dari zikrullah, solat dan berzakat. Dimana dengan jelasnya menerangkan amalan rukun pertama adalah tidak lalai dari ingat Allah.

Dalam dalil yg lebih jelas lagi.. allah menggunakan perkataan "wasyahaduhum" yg kita pakai dalam dua kalimah syahadat (asyahadu dan wasyahadu bermaksud inilah janji yg diamanahkan)  didalam ayat

"وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ" al araf 172

Iaiatu kami mengambil saksi (syahadat) dari keturunan adam yg lahir dari perut ibu.. Allahkah yg mengadakan kamu? Aku naik saksi ya(bahawa allah lah yg mencipta kami) maka hiduplah hati dgn menyebut2 nama allah sebagaimana penjelasan ayat al alaq


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَق

اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ

Surah al alaq ayat 1 dan 2. Sebutlah nama pencipta mu (ALLAH) menjadikan insan dari Alaq (hati) yg dimuliakan kerana menyebut2 (namanya)...

Maka sesungguhnya firman allah sebelum dirikan solat banyak2 sebut nama Allah.. dalam surah al ala ayat 15
"وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّىٰ

Bila dah menyebut2 nama allah (dgn banyak dihati) maka solatlah. (Tidak ada zikir lidah sebut allah banyak2..tasbih ada..)

Maka akhir sekali pesan saya kerana saya tau jabatan agama suka baca fb saya, andainya tuan juga merasakan solat dgn hati mengingati artis, ingat wayang2, ingat suara2 manusia dan haiwan serta angan2 selain mengingati allah itu adalah menjadi kesalahan, sehingga tidak sah solatnya sebagaimana surah annisa 142, maka itulah baru dinamakan jabatan agama islam (sah amal jasad dan hati). Bukan jabatan agama kebangsaan (sah amal jasad, batal amal hatinya)

Inilah yg disampaikan oleh Syeikh ismail. Satu nama kecik..dan maukan namanya  tetap kecik tak mau namanya dibesarkan oleh manusia... tak mau diagungkan..atau ditaksubkan.

Maka sebab itu saya sebutkan semalam, saya tidak pandang sapa Syeikh ismail, tapi saya pandang Alquran yg dibawa olehnya.

Semoga dengan adanya pertemuan semalam, silap dan salah dari pihak saya...dan pihak jabatan agama dapat sama2 diperbaiki dengan ilmu yg berpegang kepada kepada Alquran pertamanya, dan kemudiannya oleh hadis2 dan kitab-kitab ulama yg sealiran dgn rasulullah s.a.w.

No comments:

Post a Comment