Tuesday 10 November 2015

BIOGRAFI SHEIKH ISMAIL ALANG

Biografi Syeikh Ismail Alang Muhammad al kholidi Mursyid ke 37 tariqat nasyabandi al kholidi. Diberi nafas baru dengan menggunakan nama Tarikat Amirul Mukminin Abu Bakar As-Siddiq.
Tuan guru Syiekh Ismail Alang Muhammad Al Kholidiah (umur 89 tahun) mursyid ke 37 wasilah nasyabandi mendapat tauliah mengajar kelas khas pertama dalam pengajian Al-Quran dalam bahagian tauhid, fekah, tasawuf, makna(tafsir) bacaan dan tajwid oleh Raja Muda Musa selaku ketua agama pada tahun 1947 (sebelum merdeka). (Sijil yg ditanda tangani oleh raja muda musa masih tersimpan dirumahnya)
Mendapat pendidikan awal dari datuknya sendiri, syiekh haji ismail yg merupakan mufti perak ketika itu. Ketika usia muda beliau giat mempelajari ilmu agama disekitar perak diantaranya :
1. Syeikh Abdul Rahman Al kholidi Gunung Panjang (Wasilah mursyid yg ke 36)
2. Syeikh Abdullah Fahim (ilmu falaq) Datuk kepada Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Abdullah ahmad Badawi
3. Syiekh Fakeh Osman
4. Syeikh Haji Bidin - Menantu kepada Syiekh Ahmad Yatim -murid kepada Syiekh Abdul Wahab Rokan.
5. Hj Ismail - Bekas Mufti Perak (Datuk)
6. Hj Saaya - Bekas mufti/Khadi Perak
7. Syeikh Tahir - Ahli falaq Ulama Perak
8. Tuan Syiekh Pikwi (Guru yang rapat)
9. Hj Arsyad Karai (ulama perak)
Tuan guru adalah anak saudara kepada ulama mahsyur Syeikh Idris Al Merbawi sedikit sebanyak telah mempengaruhi beliau dalam bidang tafsiran bahasa Al-Quran.
Mula bersuluk dgn syiekh abdul rahman al kholidi gunung panjang ketika berumur 19 tahun. Menurut beliau sememangnya dari kecil menjadi kebiasaan dididik oleh datuknya untuk sentiasa membersihkan diri sebagai hamba allah dengan bersuluk. Diantara tempat suluk yang biasa dihadiri oleh datuk beliau adalah di Istana kuning Bukit Chandan Kuala Kangsar Perak dipimpin oleh Sultan Alang Iskandar dikenali juga Sultan Alim. Diantara yang selalu turut serta bersuluk disini adalah datuk kepada Bekas Perdana menteri malaysia Tun Abdullah Badawi.
Semasa bersuluk dengan Syiekh Abdul Rahman al kholidi (mursyid nasyabandi yg ke 36) selama 40 hari, beliau dilantik menggantikan mursyid pada hari yang ke 4 suluk dgn disaksikan beberapa khalifah diantaranya Syiekh Fakeh Osman, Syiekh Haji bidin dan Tuan guru Syeikh Abdul Rahman sendiri.
Namun selepas perlantikan menjadi mursyid pada ketika itu berumur 22 tahun, beliau telah ber'uzlah' menjauhkan diri dari masyarakat kerana berpendapat tidak layak menyampaikan kerana terasa diri masih muda. Selang beberapa tahun akhirnya setelah dibuka hati untuk menyampaikan semula, pada umur 40 tahun, beliau kembali kepada masyarakat untuk menyampaikan.
Dengan berkat kesabaran serta ketekunan juga sifat yang bersederhana dalam menyampaikan pengetahuan Al-Quran, kepada guru-guru pondok sekitar tahun 1940-1970an dinegeri2 sekitar perak, kedah, selangor dan negeri sembilan. beliau telah melahirkan beberapa ulama yg terkenal dizamannya. Diantara ulama-ulama dan ilmuan yang pernah mengambil baiah amal syahadah dengan/bersama beliau ialah :
1. Syeikh Mahmud Gunung Besar, kedah (ketua ulama pondok kedah) -Murid
2. Syeikh Abdul samad (padang rengas) - Murid
3. Syeikh Mat Saman Kati - Guru kepada Sultan Idris Syah. - Penasihat dan satu perguruan dalam nasyabandi ( Syiekh Abdul Rahman Gunung Panjang)
4. Syeikh Idris Changkat Lobak (ulamak pondok Kelantan/Mekah) - Murid
5. Syeikh Haji Ibrahim Kampar (Guru darul ulum, Mekah) - Khalifah dalam nasyabdani (Syeikh Abdul Rahman Gunung Panjang) Rakan Seperguruan.
6. Syeikh Mohd Arif
7. Syiekh Abdul Latif Gerik (Pakteh) - murid. Yg menuntut ilmu dengan beliau lebih dari 3 tahun
8. Syeikh Abdul Ghani - Pengarah UKM Bangi - Murid yang mendapat darjat Mursyid tetapi sudah meninggal.
9. Haji Azid - Ketua perpustakaan UM Kuala Lumpur - Sahabat
10. Tuan Haji abdullah affandi (ayahnya Haji Majid Kholidi) - Sahabat
11. Tuan Haji Zakaria (sahabat)
12. Tan Sri Dr Harussani zakaria (mufti perak) - Murid. Bertemu ketika Tan Sri keuzuran ketika itu sebelum anaknya meninggal di Mesir.
13. Syeikh Haji Maarof lenggeng - Sahabat. Gurunya seperguruan dengan Tuan Guru Sulaiman Zuhdi jabal kobais, Mekah beserta Syeikh abdul Wahab Rokan.
14. Ustaz Samad Noh
15. Hj Ghazali - Murid. (bekas mufti Selangor dan Perak)
16. Dr Mohd Yusof - Bekas Mufti Wilayah - Asal Kuala Kangsar, anak saudara Dr Burhanuddin Helmi.
17. Tuan Junus - Malim Nawar - Sahabat
18. Tuan Junid - Padang Rengas - Sahabat
19 Haji Abdul Wahab Jelutong
20. Dr Burhanuddin Helmi - Sahabat
21. Haji Abd Latif Mohd Nor -Bagan Serai (khalifah) seperguruan ketika menuntut dengan Syeikh Abdul Rahman. Sebelum pemergian beliau menasihatkan anak2 murid beliau terus menuntut dengan Syeikh Ismail Alang Muhammad.
Menurut beliau pada masa itu pengajian bahasa arab dan pengajian alquran adalah dalam aliran berbeza. Pengajian alquran merupakan peringkat tertinggi dibahagikan kepada pengajian bacaan alquran, tajwid, makna(maksud), tauhid, fekah, tasawuf dan lagu alquran. Beliau salah seorang daripada empat orang pelajar seluruh perak yang dianugerahkan sijil khas pelajaran Kerajaan Perak oleh Raja Muda Musa.
Tuan guru juga pernah membuka beberapa sekolah pondok bagi membolehkan beliau menyampaikan ilmu-ilmu agama kepada pelajar-pelajar yg ingin mendalami kelas fardhu ain, beserta mengajar pengesahan amalan iaitu mengenal martabat nafsu didalam diri bermula dengan amalan syahadat.
Diantara sekolah pondok yang beliau dirikan adalah sekolah agama rakyat di Jamuan, kuala kangsar, (1947) Pondok Riadah Solihin (1986) dan Pondok Riadah Solihin Kg Tiong, Kati (2012).
Berpengalaman dalam menyampaikan ilmu agama serta ilmu amalan melebihi 60 tahun.
Pada tahun 2013 setelah melihat banyak aliran tarikat nasyabandi yg membawa maksud membersihkan kritik-kritik syaitan dihati yang menyeleweng amalannya dari tariqat asal, maka beliau telah menamakan jalan yang dipimpinnya dengan nama Tariqat Amirul Mukminin Abu Bakar Assidiq.
Beliau pernah bersama memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu bersama2 dengan UMNO yang beliau dijelaskan adalah sebenarnya dari singkatan perkataan arab AMANU (perjuangan kaum beriman)...setelah kemerdekaan beliau berjuang bersama-sama sahabatnya Dr Burhanuddin Helmi menubuhkan Parti Islam Semalaysia..
Tuan guru seringkali dilantik mengetuai muzakarah ilmu oleh rakan seperjuangan kerana dikurniakan penerangan hati yang terang dalam menafsirkan Al-Quran. Pernah dilantik sebagai ahli jawatankuasa mesyuarat besar ulama' ketika menentang Malayan Union yang dibuat di istana iskandariah pada tahun 1947.
Alhamdulillah

4 comments:

  1. Assalamualaikum wbt. Syukur kepada Allah Subhanahuwataala..Selawat dan salam buat junjungan besar rasulul amin .muhammad ibni abdillah sollallhualaihi wasallam.

    Alhamdulillah. Semalam baru bertamu mata dengan Syeikh Hj Ismail Alang Muhammad Alang Md Shah. Umur mencecah 96 tahun.. subhanallah terasa kerdil berhadapan dengan pewaris nabi dan mursyid Tarekat. Syukur atas rezeki yg diberikan allah .. diberi kesempatan untuk mengambil barokah dan menumpang rahmat dripada Sheikh ismail.. stakat perjumpaan pada 19 jan 2022. Sheikh ismail masih sihat , mampu memberi tausiyyah dlm tempoh masa yang lama ..masih boleh berjalan seperti biasa...dri raut wajah seakan2 lebih muda berbanding umurnya yang mencecah 100 tahun itu.. sedikit perkongsian , merasa takjub dgn karomah2 yang diizinkan allah keatasnya. Menerima ziarah daripda sultan brunei yang telah bermimpikan sheikh ismail alang muhammad. Subhanallah. Sekian

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum.... Minta perbetulkan fakta. Sheikh Hj Ismail BUKAN CUCU HJ. ISMAIL HJ HAMZAH (MUFTI PERAK). Saya anak saudara Hj Ismail Hj Hamzah tahu hal ini

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Saya ni mencari murshid tarikat naqsyabandiah khalidiah.Semoga ada yang dapat memberi maklumat dan panduan kepada saya murshid tersebut serta lokasinya. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete