Tuesday 10 November 2015

BAB SOLAT

[7:59PM, 1/8/2015] Naq Ust Zul K. kgsr: Nabi dan rasul tak sama.
Nabi ajar tauhid... rasul ajar syahadat.. solat nabi dan solat rasul tak sama.
[4:35AM, 1/9/2015] Naq Ust Zul K. kgsr: Cth azan. Tiada susunan dalam alquran... tapi kenapa azan sama? Sbb muttawatir...  umum nampak apa yg rasul buat..dan sepakat..
[4:37AM, 1/9/2015] Naq Ust Zul K. kgsr: Alquran...hadis (muttawattir) ijmak dan kias.. kalau alquran dah jelas..tak perlu pakai hadis... kalau alquran takde penjelasan hadis ada (muttawatir) pakailah hadis.. gitulah seterusnya..
[4:37AM, 1/9/2015] Naq Ust Zul K. kgsr: Sah solat tu dgn rukunnya..nak buat magrib 100 rakaat pun sah magribnya..tapi tidak sempurna...
[4:39AM, 1/9/2015] Naq Ust Zul K. kgsr: Rukun ayat quran yg wajibnya fatihah..nak baca satu alquran pun boleh..tapi wajibnya fatihah saje...
[4:40AM, 1/9/2015] Naq Ust Zul K. kgsr: Tolak alquran kufur...tolak hadis muttawatir munafik kata tuan..
[5:04AM, 1/9/2015] Naq Ust Zul K. kgsr: Diingatkan hiburan tv tu melalaikan.... jangan sampai tv dan darah daging sebati...

Sedar tak tv tu penceritaannya dibuat2..(lakonan) Membawa kabar fitnah.. kabar sia2..melaga2kan orang..membuka aib dan aurat orang. malah itu yg kamu hadapkan dari yg mudanya sampai yg dah tua nak masuk kubur... dari subuh sampai ke tengah malam...membawa ke pagi

Tahu tak selepas merdeka tahun 1961 ulama awal pernah membuat satu mesyuarat penentangan terhadap kemasukan tv dimalaya. Tapi akhirnya masuk juga sebab Tunku Abdul Rahman bagi kelulusan dan lihatlah sendiri kesan kpd tv...

Hari ini tak cukup tv, ditambah pula doa piring menadah kelangit minta restu dari iblis dan syaitan supaya dapat mengajar anak2 serta seisi rumah dgn ilmu tipu daya.
[5:53AM, 1/9/2015] Naq Ust Zul K. kgsr: وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ ۚ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ

Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.
[5:57AM, 1/9/2015] Naq Ust Zul K. kgsr: Firman allah "Fazkuruni izkurkum..."

Ummat islam bukan ummat muhammad, tetapi ummat syaitan.. (syaitan pun tauhid pada allah)

ummat muhammad itu ummat yg kekal hatinya menyebut nama allah tanda beriman.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Al ahzab 42.

وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang.

Tasbih pula tak perlu banyak2.. pagi dan petang cukup... (subhanalla, alhamdulillah, lailahaillalllah dnsbgainya)
[7:22AM, 1/9/2015] Naq Ust Zul K. kgsr: Hukum taklifi : solat wajib.

Hukum wadhie :selagi bernajis tak wajib.  (Pompuan dalam haid wajib solat?) Lelaki yg berlumuran darah wajib solat? Wajib iaitu kesempurnaannya diutamaan kebersihan...

Lelaki dan perempuan islam percaya allah tapi tidak beriman hukum wadhie nya tak wajib solat pada syarak.

Ikut pakai pada loghat wajib la solat...tolak kambing dan kerbau je tak wajib solat...

Hukun taklifie pakai..hukum wadhaie tolak...jadilah agama loghat.
[7:43AM, 1/9/2015] Naq Ust Zul K. kgsr: Imam mujtahud mustaqli.. Contoh mereka ialah;
1. Imam Abu Hanifah (an-Nu’man bin Tsabit al-Kufi); meninggal tahun 150 Hijrah.
2. Imam al-Auza’ie (‘Abdurrahman bin Muhammad); meninggal tahun 157 Hijrah.
3. Imam Sufyan as-Sauri (Sufyan bin Sa’id); meninggal tahun 161 Hijrah.
4. Imam al-Laith bin Sa’ad; meninggal tahun 175 Hijrah.
5. Imam Malik bin Anas; meninggal tahun 179 Hijrah.
6. Imam as-Syafi’ie (Muhammad bin Idris); meninggal tahun 204 Hijrah.
7. Imam Ahmad bin Hanbal; meninggal tahun 241 Hijrah.
8. Imam Daud az-Zahiri (Daud bin ‘Ali); meninggal tahun 270 Hijrah.
9. Ibnu Jarir at-Tabari (Muhammad bin Jarir); meninggal tahun 310 Hijrah.
[7:44AM, 1/9/2015] Naq Ust Zul K. kgsr: Imam mujtahid mazhab : . Imam Abu Yusuf; meninggal tahun 182 Hijrah (mujtahid mazhab Abu Hanifah)
2. Muhammad bin al-Hasan as-Syaibani; meninggal tahun 187 Hijrah (mujtahid mazhab Abu Hanifah)
3. Ismail bin Yahya bin Ismail al-Muzani; meninggal 264 Hijrah (mujtahid mazhab Imam Syafi’ie)
4. Ar-Rabi’ bin Sulaiman al-Muradi; meninggal 270 Hijrah (mujtahid mazhab Imam Syafi’ie)
5. Yusuf bin Yahya al-Buwaithi; meninggal 231 Hijrah (mujtahid mazhab Imam Syafi’ie)
6. Ibnu al-Qasim; meninggal tahun 191 Hijrah (mujtahid mazhab Imam Malik)
7. Imam Sahnun (‘Abdussalam bin Sa’id at-Tanukhi); meninggal tahun 204 Hijrah (mujtahid mazhab Imam Malik).
8. Imam Abu Thalib (Ahmad bin Hamid al-Misykani); meninggal tahun 244 Hijrah (mujtahid mazhab Imam Ahmad)
9. al-Qadhi ‘Abu Ya’la (Muhammad bin al-Husain); meninggal tahun 458 Hijrah (mujtahid mazhab Imam Ahmad).
10. Imam Ibnu Hazm al-Andalusi; meninggal tahun 456 Hijrah (mujtahid mazhab az-Zahiri).
[7:46AM, 1/9/2015] Naq Ust Zul K. kgsr: Imam ibnu qayyim takdok dalam list...
[8:34AM, 1/9/2015] Naq Ust Zul K. kgsr: Bila sebut tak wajib solat bagi yg bernajis dia ambil pakai "wah tak wajib solat plak".. dia ambil seronok bila tak wajib solat.

Kisah fekah ni kisah orang yg nak beragama..sebab tu patuh pada syarak. Bagi yg seronok tak solat, maka tak perlu beragama...

Bila sebut ayat "kamu tak wajib solat". Adakah ini perintah pujian atau hinaan? Nak seronok atau nak dukacita?

Tak wajib sebab blom layak...  bagi org yg tak mau beragama..aku tak layak tu seronok.  Bagi org yg mau beragama sebaliknya.

Wajib solat ni bila dah sempurna akal menerima ilmu iman.... ada yg umur 40 pun blom sempurna akal menerima ilmu iman... maka tak wajib solat... ayat ni seronok kalau jenis tak mau beragama.. tapi kalau yg nak beragama ini satu masaalah besor..maka dia usaha cari sempurna akal menerima ilmu iman..

No comments:

Post a Comment